Hait rakan kongsi yang hot sekalian.
Pagi ni aku bangun-bangun je tetibe rasa nak tulis something kat sini plak.Bukan nak cite mimpi aku semalam(walaupun bez).Pekejadah nak post mimpi kat sini.Korang mesti pnah menanam azam na jadik kaya kan.(tipu la kalo takde.tak normal apa)Ni aku nak cite ckit sal orang terkaya kat dunia ni.jeng jeng..
 |
| Ni la die orang yang aku nak cite ni |
Siapa Bill Gates?Ang tak kenal bek buang gaung je laptop ang tu.ok Bill Gates ni adalah pengasas Microsoft yang umum semua tahu dialah orang paling kaya didunia.Mengikut kajian yang dibuat senarai orang paling kaya didunia sekarang ni, menunjukkan Bill gates masih lagi mengatasi pencabar2 yang lain dengar harta dianggarkan boleh beli malaysia dan beberapa negara asia lain.(Seronok gak jadik anak die ni.Orang tak boleh cakap "Ang ingat ni negara bapak ang?!" Nak mampus apa orang tu)
Kalau dah kenal dengan Bill Gates,korang tahu tak fakta menarik tentang dia?Korang pernah terfikir tak macam mana mat salleh ni boleh jadi kaya raya sampai macam ni sekali? (tak tercapai akalku kalau difikir fikirkan)..
Cuba korang bayangkan setiap saat korang boleh dapat US$250.Apa yang korang akan buat?Kalau aku la memang tak tau nak buat apa.Makan tidur,shopping,belanja kawan2,p melancong,p tempat2 yang best dan macam2 lagi la yang aku akan buat time muda2 nih.
Ok Straight 2 the point.Jangan buang masa.Jom baca fakta menarik tentang Bill Gates.
1. Bill Gates menghasilkan US$250 setiap saat,sekitar US$20 juta sehari dan US$7.8 milion setahun! (WADEFAK!)
2. Jika dia kehilangan atau hilang US$1.000, dia tidak perlu susah2 lagi untuk mengambilnya kembali kerana sama dengan waktu 4 saat untuk mengambil, dia sudah memperoleh penghasilan dalam jumlah yang sama.(Menarik bukan?)
3. Hutang nasional Amerika sekitar US$5.62 trilion, jika Bill Gates akan membayar sendiri hutang itu, dia dapat melangsaikannya dalam waktu kurang dari 10 tahun.(watpe die nak bayar utang orang.pe da...)
4. Jika Bill Gates dapat menyumbangkan US$15 kepada semua orang di dunia tapi dia tetap dapat menyimpan US$5 juta sebagai wang sakunya.(nak pulak die)
5. Michael Jordan adalah atlit yang dibayar paling mahal di Amerika. Jika dia tidak makan dan minum dan tetap membiarkan penghasilannya dan dalam masa setahun wang Jordan berjumlah US$30 juta, dia tetap harus tunggu sampai 277 tahun baru la boleh jadi sekaya Bill Gates sekarang.(jordan tak nak kaye pun.die bz,sape nak urus duit nye nanti)
6. Jika Bill Gates adalah sebuah negara, dia akan menjadi negara terkaya didunia iaitu ke 37 atau jadi syarikat Amerika terbesar nombor 13, bahkan melebihi kekayaan IBM.(suruh die jadik negara Malaysia sedap gak kan)
7. Jika semua wang Bill Gates ditukarkan ke dalam pecahan US$1, kita dapat menyusunnya menjadi jalan dari bumi ke bulan, 14 kali ulang balik. Tapi jalan itu harus dibuat non stop selama 1400 tahun dan menggunakan sejumlah 713 buah pesawat Boeing 747 untuk mengangkut semua wang itu.(tapi pekejadah nak tukar pegi duit singgit-singgit)
8. Bill Gates sekarang berumur 40 tahun. Jika kita merumuskan dia dapat hidup 35 tahun lagi maka dia harus membelanjakan US$6.78 juta per hari untuk menghabiskan semua wang sebelum dia mampus! (bahasa kasar sikit sebab jeles tengok dia kaya)hehe
9. Akan Tetapi!Jika pengguna Microsoft Windows dapat mengklaim US$1 untuk setiap kali komputer hang@rosak kerana Microsoft, Bill Gates akan segera bankrup dalam waktu 3 tahun!(so,hanya kita yang mampu membuat nya miskin)
Ok,enough cite sal mamat ni.Dulu aku penah cakap kat puan dodo(mak aku) nanti aku da ada duit(kire 1st salary la) aku cakap aku nak kasi present kerusi urut kat die.Sbab puan dodo ni suke la sangat di urut.Da tu plak,die tak suke orang len yang urut.Nak tangan aku jugak.(agak gedik di situ).
 |
| taadaa!sape tak kenal apa menatang kerusi urut tu,ni la dia. |
Korang plak?penah ke wat harapan camni kat mak korang?haha.
p/s:aku tak nak cakap apa yang puan dodo cakap kat aku time tu.SADIS!
Da-da.Da abis.